Bersimpuh di kaki lima bukan kau tidak mampu . .
Berteduh di bawah pondok usang ,
bukan bermaksud kau gagal . .
Biar kita berumahtangga beratapkan kasih
bukan beratapkan wang ringgit semata . .
Biar perut kita tidak henti henti berbunyi . .
Kerana itu ialah penyeri kita berdua ..
Disaat mereka leka ketawa akan penampilan kita ,
kau senyum girang kerana ada aku disisi .
Pada ketika mereka curah sisa air mereka ,
kau pantas membawa aku pergi .
Pergi jauh dari dunia mereka .
Satu saat aku lena di bahu kau ,
kau bisik sepi betul betul di telingaku .
" sayang , selagi saya hidup . Saya akan biarkan bahu ini untuk awak "
Tanpa kau sedar air mata ini gugur .
Gugur kerana bahagia :)
No comments:
Post a Comment