Monday, March 21, 2011

sekeping kertas , bikin aku resah

Dulu aku ingat  bila khabar tu makin dekat , makin gembira . Lepas aku dapat khabar tu , bolehlah aku lompat setinggi langit . Sehingga mencapai bintang yang pernah aku idamkan . Namun itu dulu . Skrg bila ia makin hampir , aku jadi resah . Sehingga mengancam mimpi malam ku yang tidak lagi seindah dulu . Apabila aku kisahkan pada rakan ku , dia jawab sambil diselangi gelak kecil " HAHA . kwn , kau banyak fikirlah . insyaALLAH , tu khabar gembira . Jika sebaliknyer , terima dengan hati yang terbuka ." Haiihh . . mungkin benar apa dikata kwn aku tu . Aku terlalu serabutkannyer . Sedangkan ia hanya sekeping kertas . Yang dapat ubah segala . Mungkin segalanya :) aku akui , aku takot . Tubuh ku kaku . Fikiran kerap melayang . Aku cuba melupakan tentangnyer , tapi tidak dapat aku elakkan . Ianya esok . Akan berlaku walau apa pOn berlaku . Aku tiada kuasa untuk pause kan hari esok . Melainkan MATI . Bukan hari esok saja tidak dapat dirasai . Malah lusa , tulat dan hari hari seterusnyer . Baiklah , sekian saja entri aku .

Tuesday, March 15, 2011

Dalam testing update belog guna npon ! :)

Salam semua !  Waa . . ini hari aku try mengupdate belog dgn npon aku ! so ni first day . da lme ak try . tp pd jam ni br aku dpt mngupdatenyer .  . mmg pelik la sbb tk bley nk press enter . then tulisannyer skjp bsr , skjp kecik . . so i sgt confuse ! huhu . tkpet2 i try oke ? even lenguh asyek kne press utk pngecilan tulisan. Dan entri ni tk bley lama . sbb aku masih dlm testing lagi. bler da biasa , aku akn keep update entri baru ea ? oke bye :)

Monday, March 14, 2011

Tanpa Tajuk :)

Angin malam berembun sepi .
Lalu angin dingin menyapa diriku
yang leka meneliti bintang di dada langit .
Ku cuba merasakan kehadiran dirimu .

Dulu pernah aku bertanya bulan ,
apa itu cinta ?
Dari mana asal dan ke mana tujuan ?
Bila aku hanyut dibuai cinta ,
mengapa ada yang cuba memisahkan ?

Pada detik aku memuji dirinya ,
bulan tersenyum girang .
Seakan soalan yang aku tanya sudah ada jawapan pasti .
Bintang pula berkelip menjadi seri suasana indah .
Aku yakin itu manis cinta .

*sepi*

Kini aku cuba memendam rasa cinta lagi.
Aku pendam pahit dihati .
Baru aku ngerti ,
Cinta ada manis dan kelat .
Itu pasti aku merasa lagi .
Dia naif .
Kerap damba cinta suci.
Dan dia sentiasa naif tanpa mmikirkan detik .

Bila sang arjunahadir silih berganti ,
dia rela diisi .
Meski dirobek sejuta kali .
Dia tetap mahu diisi .

Mungkin kerna dia mahu diriangi untuk
tiap detik nafas sang pemilik sejati.
Atau pun dia sememangnya pemilik tegar sang arjuna ?
Yang bisa bikin dia jatuh tiap kalinya.
Dan selalu buat dia kecewa bagai nak gila dengan egonya semata ?

Terima kasih DIA .
Adakalanya engkau pintar :)
dan aku pula kerap tertewas .

cukup.

Monday, March 7, 2011

Baru Saja

dia suka ?
haha  !
saya mengaku dia comel !
rambut kerinting ~~

Monday, February 28, 2011

Entri Hari Jadi yang lama berlalu :)

Salam semua .!
alhamdulilah akhirnya dapat aku meng"update" belog aku . .
bukan kerana sibuk bekerja atau apa apa pon . Tapi disebabkan kemalasan diri untuk keluar rumah , naik bas ke cc . . tu malas sesangat . .
ni pon sbb aku tgh sibuk belajar komputer dekat sebuah pusat pembelajaran kelas komputer yang mesin photostat nya tak service service ! haaiiyaaa . . ada kena mengena ka?
kalaulah dari Kompleks Penjara Tapah tu ada LRT yang menghubungkan dari siru keh Tapah , memang tiap tiap hari aku pegi update entry baru . Tapi masalahnya tiada .
So drpd bazir bayar tambang bas yang ulang alik rm4 campur duit cc lg semuanya anggaran sangat membazir . Jadi keputusannya aku hanya duduk rumah dan cuba mencuba pelbagai menu baru .
Semalam aku da try menu Oreo Goreng .hmmm . . nk kata sedap tu . tak laa . . biasa biasa saja .

Tujuan aku meng"update" belog ialah untuk meng"wish"kan happy birthday kepada diri aku yang telah lama lama berlalu ! iaitu 1 Feb hari tu . . entri ni hari 1 mac . so , da sebulan kan ? da basi , da lapuk dan da org tak ingat ! huhu

Pagi 1 Feb 2011 :
 
orang pertama ~

Cik Nat : tett teettt ( bunyi msg )  " hari ni bape hari bulan haa ? ouh. . dua hari bulan ! happy birthday cha ! semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dan dapat result yang cemerlang ! "

Cha : sebelum wish tengok calender ! btw , thanks cik nat yang nyanyuk :) 

orang kedua ~

Kak Long : Lalalalala ( incoming calling )  Happy bufday adek semoga panjang umur ! dah boleh tengok cter 18 sx lepas ni . . HAHA

Cha :  ala masa umur adek 13 tahun da start tengok laa :) HAHA  btw thanks .

orang ketiga :

Syee : tettttt tettt  happy birthday kawan !

Cha : thanks :) aku dah boleh tengok cter 18 sx !

tu la senarai top three aku . Yang last wish BALQIS NAQISHA ! esoknya baru dea wish ! kejam !

Tengahari tu aku tengok2 tv sambil berbalas msg dgn kak ngah aku . Dia send msg cam gini
" nanti santa claus datang "
aku pon tak phm . tiba tiba ada orang datang . . wahhh ! santa claus naik van pos laju .
bagi sekotak hadiah . dia yang kelam kabut terus blah .
aku pon dengan gopah dan gapah terus buka kotak tu . . ouh , sepasang kasot wedges !
thanks u . :)

pada 2hb feb plak kak long telah pulang bersama sama abg yus . esoknya kan raya cina . .
kak long menghadiahkan ku dua helai tudung . faham disebalik maksud , yang menyuruh aku menutup aurat . . cehhh . !


thanks korang :)


dan pada pagi 3hb feb kak am pulang . meriah rumah ! mcm kami yang nak sambut raya cina !
esok ada party . tp yang dirai demam plak :)


esok 4hb feb bufday dea yang ke 2 tahun .

tu anak buah kesayangan hamba . yang comel yang nakal yang ngada ngada dan yang handsome !

Menjelang pagi 4hb feb !

happy birthday pada anak buah mkcu ! jangan nakal nakal ! jadi budak baik tau :)
mmuuuaaahhh sayang aqil :)
oleh kerana nak wish bufday dea , kami semua tak bagi dea tidur awal . . HAHA . .
yang ibu dea dah stress sbb anak dea tak mahu tidur !

Party time !
kami tutup pintu , tutup tingkap ! sbb ni private bufday party laa !! HAHA
maaf tak dpt nak jemput semua . .

kek upin ipin :)



yang dirai :)


happening gila . walaupun tak buat besar besaran :)

5hb feb :)

disebabkan semalam dah makan besar . hari ni kami pegi jogging !!! kesihatan kena jaga jugak !


si kecik tu teruja gila jalan pepagi cam gini !


mm , padahari jadi aku ni , aku mahu korang doa akan kebahagiaan aku .
Bila da umur 18 tahun ni semua pk yang  matang . dah boleh buat sendiri .
gaduh gaduh dgn mak , sambil ckp "i'm eighteen ! i know what i do ! "
bagi aku , tak kira la umur ko berapa pon . bila nafsu dah kawal fikiran ko ,
umur ko 50 tahun pon ko masih sesat lagi . So , care ur self . 







Saturday, January 29, 2011

tiga hari sebelum 8belas :)

tiga hari lagi kwn kwn !

party planner ada ?

dress utk party ada ?

invite artis mana ?

buat dkt hotel mana ?


tiada tu sume ye kwn kwn ! cukuplah doa agar kehidupan aku dipemudahkan oleh Allah s.w.t :)
aminn . .